Surat Untuk F .

Assalamualaikum, 

Harini aku ingin menulis. Meluahkan lagi isi hati yang tak mampu aku simpan dah. Mungkin ini saatnya. Cerita tentang hati dan perasaan sampai kau mati pun tak akan habis. Malah benda ni lah cerita yang sangat bosan. Balik balik benda yang sama. Bosan. Boring. Takda kehidupan langsung. 

Aku berkenalan dengan seorang hamba Allah. Namanya? Biarlah menjadi satu rahsia aku dengan hati aku sendiri. Biar aku gelar dia F. Atas dasar nama panggilan yang aku selalu panggil dia. Itu huruf didepannya. Yes, perkenalan kami tak dirancang. Malah tak terlintas kat hati dan diri aku untuk kenal dia. Yang aku kenal dia adalah kekasih hati rakan aku. Pelik bukan?

Kami berkenalan melalui laman sosial muka buku. Aku kenal dia hanya dasar seorang yang langsung tak dikenali kepada ingin berkenalan dan menjadi sahabat. Itu sahaja niat aku. Tapi semua ini mungkin hikmah atau dugaan ataupun hanya satu ujian Allah beri padaku. Kami menjadi rapat. Dalam masa sama, dia masih lagi dengan rakanku. Aku terjatuh hati padanya. Dari sedikit menjadi sederhana kemudian banyak. Kerana dia baik dan pandai mengambil hati gadis gadis. Mungkin itulah jenis dia.

Aku sukakan dia kerana gigi besinya. Comel sangat comel. Dan senyuman dia sangat mengugat jiwa. Macam senyuman seorang budak tak matang walaupun umur dia lebih matang dari aku. Hahahaha. Angau mungkin. Dari muka buku kami ke laman webcam iaitu sekaip. Waktu tu aku teruk, bukan bererti aku bangga tapi agak malu bila fikir waktu zaman dahulu. Dengan perangai dan pakaian. MasyaAllah! Tapi alhamdulillah, Allah bukakan hatiku sekarang. 

Dia mengatakan dia dah bosan dengan kekasih hatinya. Dan terjatuh hati dengan aku. Sedangkan jika satu dunia nak bezakan aku dengan kekasihnya. Aku mungkin wanita yang dicemuh dihina. Walhal kekasih dia adalah sebaliknya. Itu apa aku selalu kata pada diriku. Itu apa aku selalu pesan pada hati. Itu yang aku buat untuk kawal perasaan. Awak takkan paham. Tak akan!

Kemudian, apa entah niat dan kekuatan aku. Aku buang dia dari menjadi salah seorang rakan dalam beribu kawan di muka buku. Aku jauhkan diri aku dari dia. Aku nak lupakan dia sehabis mungkin. Sebab aku percaya dia hanya layak untuk kekasih hatinya. Padan sama padan, berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Itu aku nekad! Aku lihat gambar mereka, cemburu itu ada sedikit. Adakah ini yang awak kata awak bosan? Apa bukti yang awak tunjuk?

Setelah lama aku senyap. Dengan tetiba dia muncul kembali. Aku terima kembali persahabatan yang dia nak jalinkan. Yes, mungkin aku kena buka hati untuk berkawan. Dengan orang lain boleh kenapa tidak dia bukan. Aku terima dan dengan pantas dia memberi satu salam perkenalan. Hatiku, Gembira? Rindu? Gementar? Tak aku keliru sebenarnya. Aku buntu. Kami berkenalan kembali di muka buku. Soalan yang selalu dia katakan "kenapa buang saya?" Jawapan aku ialah aku tak tahu apa jawapan untuk soalan sedemikian. MAAF!

Kemudian dia meluahkan perasaannya padaku. Di saat hati aku dah terjatuh suka pada hamba Allah yang lain. Kenapa? Bila ditanya padaku tentang hati dan perasaan, aku diam. Aku putar belitkan keadaan supaya aku tak akan jawab soalan tersebut. Ya Allah, hanya kau tahu apa aku rasa. Bukan mereka. Aku keliru samada ini adalah dugaanMu? Atau satu hikmah siapa jodohku? Atau hanya ujianMu lagi sekali? Disaat itu juga aku terpaut dengan ramai lelaki. SubhanaAllah. MAAF!

Hari berganti, dia sering ada bila hati aku terdetik nama dia. Panggilan yang dia beri sangat menyentuh hati. Mungkin kerana dah lama aku tak dapat panggilan sebegitu. Aku suka sangat suka. Setiap hari dia tanyakan aku "awak sayang saya?" Dan soalan sebegitu aku lemah. Lemah lemas dalam perasaan aku. Apa ni apa? Aku belitkan lagi soalan ini. Aku tak mampu. Maafkan saya awak.

Semalam, aku cuba buat sesuatu. Hati aku kata "kalau benar dia sayangkan kau. Dia pasti cemburu" Aku buat sesuatu dan ya dia cemburu. Dalam cemburu dia merajuk. Aku terpaut. Sukanya aku dengan gelagat dia. Comel. Tapi dalam masa sama, aku tak mampu tipu. Hatiku bukan seperti bekas kekasihmu. Aku bukan jenis yang mudah dengan ugutan. Aku bukan jenis yang cepat mengalah. Bukan aku. 

Kau kata kau nak tebus kesalahan? Apa salahmu? Aku dah maafkan, aku dah lupakan. Aku biar benda sejarah itu hanyut macam air. Ye, aku ego. Ego aku untuk kaum sejenis mu macam api yang tak mudah dipadam dengan air. Tak mudah! Jadi aku pegang kata kau. Ingat kau yang buang, kau yang cabar diri kau. Kau nak juga kuatkan ego kau. Aku percaya kau mampu sebab aku bukan sesiapa dalam hidup kau. Dan aku yakin kau akan kembali dengan kekasih lampau. Sebab dia segalanya, kau tak boleh tipu. 

Kau tanya diri kau. Siapa yang kau rindu? Siapa yang kau selalu ingat? Itu yang kau harus kejar. Mungkin kau tetap dengan pendirian, tapi ingat aku pun ada. Kau sayang tapi apa buktinya? Tunjukkan. Bukan dengan kata kata manis. 

Salam sayang, dari ku kepada mu F. Moga bahagia.

pen biru pen merah, terima kasih sebab singgah.